TITIPAN DARI ASYIFFAH.88

JADIKAN DIRIMU INSAN YANG MULIA. JIKA KAMU BERJAYA DENGAN CEMERLANGNYA...ALHAMDULILLAH, JIKA KAMU KANDAS,TIDAK BERERTI HIDUPMU TUMPAS. TUNTUTLAH ILMU MENUJU ILAHI YANG MAHA ESA SEBAGAI PENGISIAN ERTI HIDUP YANG SEBENARNYA.

Sunday, May 20, 2007

Konsep Sekolah Penyayang

‘ PENGISIAN KONSEP ‘SEKOLAH PENYAYANG ’
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA,
BUKIT PIATU, 75150, MELAKA.


1.0 PENGENALAN

Pendidikan berkonsepkan Sekolah Penyayang hari ini kurang jelas kedengaran dan disebut-sebut orang berbanding dengan pendidikan berkonsepkan Sekolah Kluster Bertaraf Dunia, dan pendidikan berkonsepkan Sekolah Bestari dalam era globalisasi. Namun dari petikan yang tersirat di atas saya teruja untuk meneliti dan mengkaji apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebur iaitu mewujudkan suasana pendidikan yang berkonsepkan “Sekolah Penyayang” . Konsep Sekolah penyayang amat wajar dilaksanakan di semua peringkat Institusi Pendidikan terutama di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerana perlaksanaan konsep ini akan dapat mengisi wawasan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan berseppadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, rohani, emosi dan jasmani.
Berdasarkan petikan diatas, saya ingin mengintepretasikan maksud beberapa perkataan utama dalam petikan tersebut. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat : sayang-menyayangi ; sayang bermaksud mengasihi, mencintai, kasihan , berasa belas, kasih dan juga cinta. Menyayangi bermaksud berasa sayang akan, mengasihi, mencintai. Dengan itu perkataan sayang-menyayangi boleh dijelaskan sebagai perasaan kasih-mengasihi, cinta-mencintai atau pun perasaan belas kasihan akan seseorang kepada seorang yang lain. Kemesraan ; mesra bermaksud erat atau karib benar ( bersahabat, berkasih –sayang), bermesra ertinya bersahabat dengan mesra, berbaik-baik , beramah mesra; bermesraan ialah bergaul atau bersahabat dengan ramah mesra antara satu sama lain dan kemesraan ialah perihal mesra. Budaya ; Tamaddun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi; Negetif bermaksud pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju atau ingkar; tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti yang membina keyakinan, semangat , kepastian dan lain-lain. Budaya Negetif atau Gejala yang tidak sihat boleh dimaksudkan peradapan yang mundur, tigak maju dan tingkahlaku serta akal budi yang tidak berkualiti yang cenderung kepada kesan atau pengaruh yang tidak elok , merbahaya dan merosakkan. Contoh budaya negetiv seperti merokok, pergaulan bebas, black metal, pengambilan dadah , ponteng sekolah dan sebagainya.
Sekolah Penyayang membawa maksud sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah yang indah, mesra dan tenang( Duke Amiene Rev, Australia, Harian Metro, 21 April 2007).
Konsep Sekolah Penyayang mempunyai ciri-ciri pengamalan budaya ilmu dan perhubungan kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan masyarakat penyayang dalam instisusi pendidikan. Pemupukan dan pendedahan kepada pelajar mengenai soal-soal masa depan dan keprihatinan guru terhadap kebolehan dan keunikan setiap pelajar di sekolah diutamakan. Guru belajar dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mendidik pelajar dan pihak pentadbir berusaha memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolah. Pengetua memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika serta mengurangkan tekanan yang menghalang pelajar mahupun warga sekolah untuk hadir ke sekolah. Dalam suasana yang relaks dan gembira sepanjang masa berada di sekolah, gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh para pelajar samada di sekolah atau di luar sekolah dapat dielakkan, dihindari dan dibendungi.Amalan Sekolah Penyayang mampu melahirkan ramai pemimpin negara kerana didikan yang diberikan kepada para pelajar adalah didikan yang berkuliti dan selaras dengan matlamat pembangunan insan.. http://dukeamienerev.blogspot.com

Wednesday, March 7, 2007

my biodata

Name : SARIFAH HJ.DAUD
Tempat mengajar : SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA,BUKIT PIATU, 75150, MELAKA.Tel. sekolah : 06-2822936
Kelulusan Akedemik : Bsc(Hons)Civil Engineering
Kelulusan Ikhtisas : Diploma Lepas Ijazah Pendidikan
MCE : 1978
Kursus : Building Construction
Sekolah : SMTM
Posted by asyiffah at 5:34 AM

0 comments:

Tuesday, March 6, 2007

DAM AND RESERVOIR CONSTRUCTION

Sila lawat laman web ini :

DAM CONSTRUCTION
http://images.google.com.my/images?hl=en&q=dam%20%20%20construction&btnG=Search&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&sa=N&tab=wi

RESERVOIR CONSTRUCTION

http://images.google.com.my/images?hl=en&q=reservoir%20%20%20construction&btnG=Search&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&sa=N&tab=wi

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan subjek yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 menggantikan mata pelajaran Building Constrution .Subjek ini merupakan gabungan tajuk-tajuk utama dalam bidang Kejuruteraan Awam yang dipermudahkan untuk peringkat SPM . Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) diajar dengan pengantaraan Bahasa Melayu mulai 1995 hingga ke tahun 2005. Pengantaraan dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunapakai mulai 2006 dan 2007. Pelajar-pelajar boleh menjawab soalan peperiksaan SPM - PKA dalam dwi-bahasa untuk tempoh itu.Mulai 2008 P&P dan peperiksaan SPM-PKA sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Tajuk-tajuk yang terlibat dalam Pengajian Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut :-

TINGKATAN 4

1. Pengenalan kepada Kejuruteraan Awam ( Introduction to Civil Engineering Studies)
2. Keselamatan Tapak Bina ( Safety of Construction site)
3. Pembinaan (Construction)
4. Bahan Binaan (Building Materials)
5. Ukur Kejuruteraan ( Land Surveying)
6. Geoteknik (Geotechnic)
7. Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalanraya dan Tanda Lalulintas
(Transportation, Highway Engineering and Traffic Signage)

TINGKATAN 5

1. Struktur (Structure)
2. Taksiran dan Anggaran Kos ( Estimating)
3. Sumber Air dan Sistem Olahan Air (Source and Water Treatment)
4. Sistem Pembersihan Air Sisa ( Waste Water Treatment)

Posted by asyiffah at 4:51 AM 0 comments

Sila lawat laman web ini :
http://www.jpteknikal.com/bktv/modul/52.php


Sila lawat laman web ini :

http://images.google.com.my/images?hl=en&q=BUILDING%20STRUCTURES&btnG=Google+Search&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&sa=N&tab=wi

http://images.google.com.my/images?hl=en&q=bridge%20%20construction&btnG=Search&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&sa=N&tab=wi



GEOTECHNIC AND HIGHWAY ENGINEERING

Sila lawat laman web ini :

http://images.google.com.my/images?q=methods%20of%20slope%20stabilization-&hl=en&sa=N&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&tab=wi
http://www.verteccontractors.biz/services/
http://www.fao.org/docrep/X0622E/x0622e0s.htm
http://www.engineeringbytes.co.uk/geotechnic.html
http://www.djc.com/special/enviro97/10030788.htm

Sila lawat laman web ini :

http://images.google.com.my/images?hl=en&q=road%20construction&btnG=Search&ie=UTF-8&oe=UTF-8&um=1&sa=N&tab=wi
http://www.commonwealth-eng.com/highway.html
http://www.commonwealth-eng.com/projects.html
http://www.mto.gov.on.ca/english/traveller/compass/

WATER AND WASTE WATER TREATMENT

Sila lawat laman web ini :

http://www.softwater.com/faq.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Water_treatment

Monday, March 5, 2007

KESAN BAHANG KEPANASAN KEPADA FENOMINA ALAM SEJAGAT

Allah mencipta bumi dan langit serta melindunginya dengan lapisan ozon bagi mengawal pencemaran angkasa dalam ruang lingkupnya. Kejadian gangguan ozon mulai disedari apabila suhu kepanasan bumi meningkat dari masa ke semasa. NASA membuktikan ozon bumi bocor di kawasan kutub utara kesan daripada aktiviti manusia. Lihat foto bumi dan ozon bocor.

Kesannya kepada muka bumi, suhu dan darjah kepanasannya meningkat dan mempengaruhi bukan sahaja di kawasan sekitarnya malahan di seluruh bahagian bumi. Lihat foto kawasan terpanas di bumi. Natijah kepanasan cuaca, hawa panas menembusi kerak bumi hingga kelapisan tanah di dalamnya. Kepanasan yang melampau merubah sifat tanah yang terdiri daripada pelbagai batu-batan daripada pepejal kepada cecair . Cairan batu panas akan mengalir dan beranjak dari tempat asalnya dan pada masa yang sama mencairkan bahan yang dilaluinya . Pergerakan batu cair panas berterusan menggugat bahan batuan yang dilaluinya dan membawa bersamanya lalu meninggalkan rongga-rongga yang besar tinggalan batu cair tadi. Maka terbentuknya ruang -ruang kosong seperti gua.

Akibat beban tanah dan batuan diatas rongga tersebut berat diikuti kekuatan tanah di bawahnya hilang akibat rongga tersebut, tanah di atasnya akan runtuh membentuk gelinciran atau penurunan aras bumi. Gelinciran menggegarkan kawasan berkenaan dan disekitarnya yang mana kesannya mampu membawa kemusnahan .

Ditakdirkan gelinciran bumi berlaku di dataran, maka wujudlah gempa bumi . Apabila gelinciran berlaku di lautan maka pergerakan dan anjakan tanah akan membentuk lubang yang besar yang membolehkan sejumlah besar air memasuki kawasan di rongga tersebut. Perubahan aras air yang mendadak mengwujudkan ombak yang besar dan dalam situasi yang amat ketara akan berlakulah gelombang yang tinggi hingga menyebabkan berlakunya tsunami .

http://earthobservatory.nasa.gov/Newsroom/NewImages/images_index.php3?page=18